Wednesday, May 21, 2014

TRIP TO SOUTH KOREA - PART 4

Assalamualaikum w.b.t..

Nah...sampai sudah Itaewon . Kena daki bukit dulu..curam gak bukit dia ni..letih jalan naik bukit ni...
Entrance to the Mosque..Alhamdulillah
Sedikit info Seoul Central Mosque (Itaewon Mosque) :-
Terletak di Hannam -dong, Yongsan -gu di Seoul, Seoul Central Masjid merupakan masjid Islam yang pertama di Korea. Pembinaan masjid bermula pada bulan Oktober 1974 di atas sebidang tanah (5,000 meter persegi) yang telah disumbangkan oleh kerajaan Korea . Dibiayai oleh negara-negara Islam , masjid ini dibuka secara rasmi pada 21 Mei 1976 dan kini berdiri megah separuh jalan di antara Sungai Hangang dan Namsan Mountain.

Lantai pertama rumah masjid bilik dan pejabat Korea Persekutuan Muslim memenuhi ; di tingkat dua adalah musalla lelaki (dewan sembahyang) berukuran 427 meter persegi; dan di tingkat tiga adalah musalla wanita (dewan sembahyang). Pusat Islam , pada asalnya sebuah bangunan 2 tingkat ( 1,362 meter persegi ) yang dilampirkan ke masjid, menyaksikan penambahan lantai ketiga pada 20 Julai 1990 terima kasih kepada pembiayaan murah hati dari Bank Pembangunan Islam Arab Saudi. Pusat Islam kini mempunyai madrasah (institusi pendidikan untuk kanak-kanak Islam ), Institut Penyelidikan Kebudayaan Islam , dan banyak lagi.

Semua happy dapat jamak di Masjid ni...
Alhamdulillah..masjid ni dijaga rapi..








new project for the mosque

Selepas habis jamak di Masjid, semua nak turun balik menuju ke bas. Tapi kami berdua pula sibuk mencari simkad Korea gara2 nanti nak call Miok. Harga 30,000won satu sim dan smartphone 3G sahaja boleh masuk sim ni..Dlam sim tu ada kredit 20,000won. Dalam sibuk-sibuk membeli simkad tu, semua pakat dah nak naik bas, dan En.Firdaus pun dah inform kami supaya cepat sedikit kerana bas sudah menunggu. Sebab procedur nak mengaktifkan simkad ni makan masa lama jugak, kami terpkasa tunggu gak..sudah selesai je aktif kami berlari turun bukit takut ditinggalkan bas. Kesian En.Firdaus sebab dia dah naik balik hampir separuh jalan nak panggil kami, jumpa kami yang sedang turun pula..Dia pun sama-sama berlari turun bukit takut Ahjusshi bas marah. Sampai je ke bas, tercungap2 kami masuk dalam bas..huhu..(tetiba rasa macam tengah wat cerpen lak gaya bahasa ni...muhahaha...). Mujur sempat, tapi tak tau la kalau de orang yang marah sebab kelewatan kami ni...Chongmal Mianhae...(I'm so sorry).

Lepas tu kami bergerak ke Seoul Tower a.k.a Namsan Tower pula...ramai jugak orang waktu petang-petang..orang korea juga ramai yang datang Seoul Tower bawa anak-anak mereka berjalan dan beriadah. Di Seoul Tower jugak kami kena daki bukit sebelum sampai puncak bukit. Dah kurang stamina lari turun bukit di Itaewon tadi, kali ni naik pula bukit di Seoul Tower, awesome!!Masa naik bukit tu de la kenangan yg tak dapat dilupakan..(ni tak ley citer ar...hehehe..)

Pemandangan semasa berjalan naik ke Seoul Tower
Ramai sungguh orang...Ahad la katakan...
Ni tak ingat lak sape yang tolong amikkan gambar ni..

Kenape la mesti de korang lam gambar ni.......???
Memory..........sweeetttt...
Tempat duduk pun banyak..
Tak tau kenape nak letak gak gambar yg sama...ahaks..
View the city of Seoul
Matahari ditutupi awan pula..

Namsan Tower@Seoul Tower
Cik In dengan dua hati..satu lagi utk sape cik IN????
Fokus bunga cukup yer...
Ok..yang ni ley fokus orangnya jugak..
Peta Seoul Tower
Seoul........
The vieww.....
The model with the view...
Last picture for the day...
Next entry : Day 3 - Nami Island & In-sadong Market Street
 TO BE CONTINUED -----------> TRIP TO SOUTH KOREA - PART 5

No comments:

Post a Comment

Rumors???