Assalamualaikum W.B.T.
Baru hari terasa nak post entry kat blog setelah sekian lama menyepi. Sebab terasa nak kongsi pengalaman dengan blogger2 semua selepas sekembalinya kembara ke South Korea anjuran NasyidFM [dapat komisen tak promote ni...hihihi].
MAcam mana boleh tergerak hati nak pergi sana? Ini semua gara2 dok planning dengan member2 daripada lepas abis study dulu. Mulanya planning team ni diterajui oleh 4 orang shabat baik patik sejak 2012 lagi. Planning-tangguh- planning-tangguh sampai dua daripada kami ni dah kahwin. Sampai lah dapat seru awal tahun 2014 oleh Orihime Rukia a.k.a Salihin yang terjumpa pakej bajet ke Korea ni. Haa ni lah yang dianjurkan oleh NasyidFM. Sangat murah uolsss!!Siap ade selebriti TV Alhijrah lagi!![Tapi masa tu tak taw lak siapa dia ni...mianhae!!] Lepas dapat info yg menarik dr Cik Salihin terus mintak permission kat Madam Hafsoh (MY LOVELY MOM] which is very difficult to get her permission to let go her girls to go on a trip. Whatever it is, Allah S.W.T. buka hati my mom utk bagi izin anak dara dia ni pegi.
YAHOOO!! ALHAMDULILLAH..masa tu hati berbunga2 dah dapat jugak pegi luar negara...
Mula lah aktiviti2 menyelidik, menyiasat dan menelaah website dan blog2 yng penah post pasal Korea ni.Macam2 blog la visit, mencari keperluan barang yang perlu bawak, temperature kat sana macam mn...memang time tu fikir macam2 lah...rasanya bab persiapan ni kita skip la yer.. korang nak taw gak ke ape yg kitorang bawak??Tak perlu la kot yer..korang leh google search je..hihi..
Ok kita terus ke hari nak berlepas ke korea tu.. 27 Mac dah travel dari Sungai Petani ke KL dengan parent [parent nak hantar anak dara dia ni, nak tengok pegi dengan group mana] tapi singgah rumah mak saudara dulu tidur satu malam kat sana. Flight ke Korea pkul 1 pagi 29 Mac kat LCCT naik AirAsiaX, beli awal dapat murah...
28 Mac pukul 6 petang baru start gerak nak ke LCCT. Jumaat pulak hari tu, memang jem la..dah ler guna GPS je nak ke LCCT. So, kena ler ikut jalan GPS bagi. 7.30 masih lagi dalam KL. Dah risau dah. Cik Salihin dah sampai LCCT dah time tu. Sabar dan sabar akhirnya sampai LCCT pukul 9 lebih. Mujur Cik Salihin yang pegang tiket. So, kitorang g check in bagasi kitorang terus. Pukul 11 malam kena berkumpul kat Food Court LCCT untuk briefing. Masa ini lah first time meeting all people in the group.
Muka I excited x??? |
Masa untuk berlepas ke Seoul, South Korea.
Next entry TRIP TO SOUTH KOREA - PART 1 >>>>>>
Next entry TRIP TO SOUTH KOREA - PART 1 >>>>>>
Wah bestnyerrr ke KOREA...
ReplyDeleteSalam 1 Rejab ...
Singgah Dan Folllw Sini ..