Tuesday, September 25, 2012

HE CAN DO ANYTHING




Assalamualaikum…

Hari ni aku ada story nak mory kat korang. Bagi aku lawak la coz aku yang alami sendiri. Korang tak rasa lawak, sila tinggalkan blog nie dengan segera ok..?


(Perbetul posisi kedudukan mengadap laptop)

Jam 2.15 petang:

Pakcik yang baru masuk opis after lunch berdiri depan meja ku. Memberi isyarat cuba utk memulakan gossip beliau.

“ Tadi, Mr.T (Bukan nama sebenar) panggil Pakcik masuk bilik dia, dia bagi la Pakcik kertas nie, (sambil tunjuk kat kitorang) suruh Pakcik pi Farmasi beli ubat dia. Pakcik pun pi la farmasi tadi tanya orang kat farmasi tu ubat nie (tunjuk2 kat kertas Pakcik pegang). Orang tu kata apa Owh ubat ni tak ala lagi, ubat nie baru lagi…belum sampai.Pakcik apa lagi tepon la Mr.T kata takda. Mr.T kata talak ka? Owh takpa2, lu pi farmasi lain la... Pakcik tak pi pun, ni mesti dulu beli ubat ni kat internet.” 

Pakcik bercerita sambil kitorang tekun membuat kerja plus pasang telinga.

Lepas dengar citer pakcik tu, kitorang nak tergelak sebab Yana cakap,

“Pakcik taktau lagi ka? Dia kan DOCTOR…hahaha.. doctor dia sendiri pun dia tak percaya sampai kena cari ubat sendiri”.. Sarcastic betul kata2 Yana itu.

Yang aku pulak teringat something, terus sokong apa yang Yana cakap tadi.

“ A’ah. Betul. Tengok , dia jugak la TUKANG TEBUK LUBANG (sambil tunjuk white board yg tergantung kat opis tu), dia jugak la INTERIOR DESIGN (sambil perhatikan kedudukan perabot opis). “

Yana dah bantai gelak dengan Aida. Aku pun gelak jugak, tapi aku tak dapat dah nak tahan gelak sebab imaginasi aku terlebih bayang pulak. Bayang dia la TECHNICIAN(perbetul wiring komputer), dia la MEKANIK (hahahaha). Aku tahan gelak aku sambil berlari ke belakang sebab takut tergelak kuat. Sampai terduduk aku gelak kat belakang sambil air mata aku terkeluar. Diorang tergelak tengok telatah aku yang gelak sakan kat belakang. Nasib time tu, Mr.T takda. 

HAih… Lawak betul ar Mr.T tu…Tu la..namenyer orang kedekut…sebab tu serba boleh. Ntah apa lagi yang dia boleh buat. Pun tak tau… (Makan lunch pun bawak bekal bini dia masak, which is good, jimat, tapi kedekut nak bagi gaji. Pergi bercuti luar Negara boleh..)OK dah..dah…Tak nak ar citer lebih2 pasal dia. Tak pasal2 kurang pahala dah nie…


Nota bawah kaki 1 : Mr.T seorang yg berusia lingkungan 50-an, dan ayat dia yang aku favorite sekali “ wa punya otak sudah kecik, tak boleh simpan maklumat banyak2”. Hahaha…