Assalamualaikum…
Hari ni aku ada story nak
mory kat korang. Bagi aku lawak la coz aku yang alami sendiri. Korang tak rasa
lawak, sila tinggalkan blog nie dengan segera ok..?
(Perbetul posisi kedudukan
mengadap laptop)
Jam 2.15 petang:
Pakcik yang baru masuk opis after lunch
berdiri depan meja ku. Memberi isyarat cuba utk memulakan gossip beliau.
“ Tadi, Mr.T (Bukan nama
sebenar) panggil Pakcik masuk bilik dia, dia bagi la Pakcik kertas nie, (sambil
tunjuk kat kitorang) suruh Pakcik pi Farmasi beli ubat dia. Pakcik pun pi la
farmasi tadi tanya orang kat farmasi tu ubat nie (tunjuk2 kat kertas Pakcik pegang).
Orang tu kata apa ‘Owh ubat ni tak ala
lagi, ubat nie baru lagi…belum sampai’.Pakcik apa lagi tepon la Mr.T kata
takda. Mr.T kata ‘talak ka? Owh takpa2,
lu pi farmasi lain la..’. Pakcik tak pi pun, ni mesti dulu beli ubat ni kat
internet.”
Pakcik bercerita sambil kitorang tekun membuat kerja plus pasang
telinga.
Lepas dengar citer pakcik tu,
kitorang nak tergelak sebab Yana cakap,
“Pakcik taktau lagi ka? Dia
kan DOCTOR…hahaha.. doctor dia
sendiri pun dia tak percaya sampai kena cari ubat sendiri”.. Sarcastic betul
kata2 Yana itu.
Yang aku pulak teringat
something, terus sokong apa yang Yana cakap tadi.
“ A’ah. Betul. Tengok , dia
jugak la TUKANG TEBUK LUBANG (sambil
tunjuk white board yg tergantung kat opis tu), dia jugak la INTERIOR DESIGN (sambil perhatikan
kedudukan perabot opis). “
Yana dah bantai gelak dengan
Aida. Aku pun gelak jugak, tapi aku tak dapat dah nak tahan gelak sebab
imaginasi aku terlebih bayang pulak. Bayang dia la TECHNICIAN(perbetul wiring komputer), dia la MEKANIK (hahahaha). Aku tahan gelak aku sambil berlari ke belakang
sebab takut tergelak kuat. Sampai terduduk aku gelak kat belakang sambil air
mata aku terkeluar. Diorang tergelak tengok telatah aku yang gelak sakan kat
belakang. Nasib time tu, Mr.T takda.
HAih… Lawak betul ar Mr.T
tu…Tu la..namenyer orang kedekut…sebab tu serba boleh. Ntah apa lagi yang dia
boleh buat. Pun tak tau… (Makan lunch pun bawak bekal bini dia masak, which is
good, jimat, tapi kedekut nak bagi gaji. Pergi bercuti luar Negara boleh..)OK
dah..dah…Tak nak ar citer lebih2 pasal dia. Tak pasal2 kurang pahala dah nie…
Nota bawah kaki 1 : Mr.T seorang yg berusia
lingkungan 50-an, dan ayat dia yang aku favorite sekali “ wa punya otak sudah kecik, tak boleh simpan
maklumat banyak2”. Hahaha…