Saturday, August 27, 2011

Hari - Hari Terakhir Ramadhan : Mana lagi penting? Shopping @ Solat Terawih?

Salam Ramadhan,
Tak lama lagi berakhirlah bulan Ramadhan
Ramai yang menantikan bulan Syawal
tapi sebenarnya bulan Ramadhan ni la yang paling banyak bagi kita pahala.
Pahala yang berlipat-lipat ganda jika melakukan banyak ibadah.

Namun, tinggal lagi 2 hari lagi nak raya. Ramai orang dah tak pergi terawih. 
sumer sibuk dengan persiapan raya. 
Malah ada yang berbelanja luar dari kemampuan mereka.
Seharusnya kita sepatutnya menyambut Hari Raya dengan bersederhana sahaja.

Sebenarnya nak tunjuk korang, hari aku jalan-jalan di KL (kakak bawa). 
Actually that was my first time aku datang jalan-jalan kat situ with my barefoot.
Aku jalan kat dalam SOGO. 
Jalan - jalan kat situ usha baju kot-kot ada yang 
berkenan leh pakai masa nak interview lain kali ke kan..
Aku tengok banyak nyer manusia yang datang..
Aku serupa macam 'culture shock'
Tapi aku wat tak tau jer. Malas nak amik tau pasal pa ramai.
Masa kal lam SOGO
Pas aku pegi SOGO, jalan kaki pegi jalan TAR. 
Kat situ diorang kata banyak barang murah terutamanya masa musim raya macam nie.
Sampai je kat situ, terus jer sesak dengan orang..
Nak jalan lam tu, jalan serupa PENGUIN!
Terkedek-kedek macam penguin tunggu turn nak terjun lam laut..
Dah la tu, tak sempat dah nak tengok kiri kanan..
mana taknyer, kiri kana penuh orang jer..
Last-last skali, aku tak beli apa siang tu..

Lepas bukak posa kat luar,
Teman adik ipar kakak aku pergi beli kasut.
Katanya nak beli kat Vincci la kat BUKIT BINTANG nuu..
Pergi la sana. Mak aii...diorang nie tak balik-balik ke??
Orang penuh gak kat sini.. tapi yang penuhnyer dengan budak2 muda..
Shopping kat Pavillion nuu..Tau la ada sales pun..
Kaya gila budak-budak ni...wat business ape yer leh kaya camtu??
Dahsyat!!

Jammed!! Dengan Kereta , orang sesak daaa..
Nasib baik la aku sempat gak beli sepasang kasut. 
Kalau tak penat jer jalan seharian hari ni.
Dok beli barang orang jer. Barang sendiri tak terbeli.
Tapi kan, daripada penat jalan-jalan macam ni,
baik aku pegi solat terawih. Dapat gak pahala berganda2.
Balik wat solat terawih sendiri alamatnya..

Apa pun, nasihat aku, belanja la sekadar yang mampu. 
Janganlah kita dibebani hutang kelak, gara-gara tabiat berbelanja kita. 
Tinggal lagi sekali jer lagi nak wat solat terawih. 
lepas ni bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. 
Rasa sedih jugak. Tak dapat nak wat pahala banyak.
Harap2 tahun depan ada peluang lagi. Aminn..

Kepada korang sumer,
Sambut Hari Raya dengan sederhana.
Salam Lebaran buat sumer.
Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment

Rumors???