Saturday, August 27, 2011

Hari - Hari Terakhir Ramadhan : Mana lagi penting? Shopping @ Solat Terawih?

Salam Ramadhan,
Tak lama lagi berakhirlah bulan Ramadhan
Ramai yang menantikan bulan Syawal
tapi sebenarnya bulan Ramadhan ni la yang paling banyak bagi kita pahala.
Pahala yang berlipat-lipat ganda jika melakukan banyak ibadah.

Namun, tinggal lagi 2 hari lagi nak raya. Ramai orang dah tak pergi terawih. 
sumer sibuk dengan persiapan raya. 
Malah ada yang berbelanja luar dari kemampuan mereka.
Seharusnya kita sepatutnya menyambut Hari Raya dengan bersederhana sahaja.

Sebenarnya nak tunjuk korang, hari aku jalan-jalan di KL (kakak bawa). 
Actually that was my first time aku datang jalan-jalan kat situ with my barefoot.
Aku jalan kat dalam SOGO. 
Jalan - jalan kat situ usha baju kot-kot ada yang 
berkenan leh pakai masa nak interview lain kali ke kan..
Aku tengok banyak nyer manusia yang datang..
Aku serupa macam 'culture shock'
Tapi aku wat tak tau jer. Malas nak amik tau pasal pa ramai.
Masa kal lam SOGO
Pas aku pegi SOGO, jalan kaki pegi jalan TAR. 
Kat situ diorang kata banyak barang murah terutamanya masa musim raya macam nie.
Sampai je kat situ, terus jer sesak dengan orang..
Nak jalan lam tu, jalan serupa PENGUIN!
Terkedek-kedek macam penguin tunggu turn nak terjun lam laut..
Dah la tu, tak sempat dah nak tengok kiri kanan..
mana taknyer, kiri kana penuh orang jer..
Last-last skali, aku tak beli apa siang tu..

Lepas bukak posa kat luar,
Teman adik ipar kakak aku pergi beli kasut.
Katanya nak beli kat Vincci la kat BUKIT BINTANG nuu..
Pergi la sana. Mak aii...diorang nie tak balik-balik ke??
Orang penuh gak kat sini.. tapi yang penuhnyer dengan budak2 muda..
Shopping kat Pavillion nuu..Tau la ada sales pun..
Kaya gila budak-budak ni...wat business ape yer leh kaya camtu??
Dahsyat!!

Jammed!! Dengan Kereta , orang sesak daaa..
Nasib baik la aku sempat gak beli sepasang kasut. 
Kalau tak penat jer jalan seharian hari ni.
Dok beli barang orang jer. Barang sendiri tak terbeli.
Tapi kan, daripada penat jalan-jalan macam ni,
baik aku pegi solat terawih. Dapat gak pahala berganda2.
Balik wat solat terawih sendiri alamatnya..

Apa pun, nasihat aku, belanja la sekadar yang mampu. 
Janganlah kita dibebani hutang kelak, gara-gara tabiat berbelanja kita. 
Tinggal lagi sekali jer lagi nak wat solat terawih. 
lepas ni bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. 
Rasa sedih jugak. Tak dapat nak wat pahala banyak.
Harap2 tahun depan ada peluang lagi. Aminn..

Kepada korang sumer,
Sambut Hari Raya dengan sederhana.
Salam Lebaran buat sumer.
Maaf Zahir dan Batin.

Wednesday, August 17, 2011

Merlin - Part 1


Have u guys seen this TV series.. I bet that u all do, right? 
Sape yang tak suka minat, sila angkat kaki tangan...
Well, suke hati korang la..Ada aku kisah? muhahaha..
Yang aku tau..aku minat citer nie..
Boleh dikatakan tau peranan setiap karakter yang ada dalam citer nie (yang utama je la..)


Kisah dia mengenai seorang lelaki bernama Merlin (tengok gambar dia kat atas tuh..) yang fizikalnya tidak la nampak kuat dan kurus, datang ke Camelot atas permintaan ibunya. 
Merlin ni sebenarnya kuat sebab dia ada magik tau.. 
Tapi, kat Camelot, Magic Are Forbidden!
Damn you, Uther Pendragon!

Korang mesti pelik kan (untuk yang tak penah tengok..) 
kenape aku cakap macam tu.
Si Uther ni King of Camelot. Dia ni benci magic.. 
Bagi dia, sumer magic jahat. Takda yang baik.

*Uther Pendragon - King of Camelot*

Uther nie ada putera a.k.a crown prince yang handsome, kuat,  bijak tapi agak sombong sikit pada mulanya. Nama dia Prince Arthur @ bahasa melayunya Putera Arthur. Dia ni bakal future King yang akan menyatukan dunia magic dengan Camelot. Merlin jadi orang gaji Arthur. Tapi, dalam masa yang sama, Arthur dan Merlin ni kawan. Kadang2, Arthur taknak tunjuk yang dia ni caring sangat kat Merlin tu. Sombong la katakan.
*Arthur Pendragon - Crown Prince*

Oh ye, Uther jugak ada anak jagaan dia. Anak kawan dia waktu muda2 dulu. 
Kononnyer terhutang budi la dengan kawan dia ni sampai nak jaga anak orang. 
Nama anak jagaan Uther ialah Morgana
Dia nie selalu dapat mimpi2 yang aneh. Buatkan dia tak tido malam. 
Morgana ni sangat cantik, putih melepak (pakai baju ape pun cantik..) dan baik (pada mula2 je la). 
Tapi dia ni sebenarnyer ada magic jugak, cume dia tak tau dalam Season 1. 
Season 2, baru dia tau. Season 3, dia dah jadi jahat. (nak tau sebab ape, kena la tengok)..
 *Morgana*
Adoii..penat gak nak taip banyak2 nie yer...xpela. Aku simpan yang selebihnyer lam entri yang akan datang...nantikan dalam Merlin -Part 2
Hehehe..dah jadi macam series jer...wakakakaka..
Ok geng! Adios!
Wassalam

Monday, August 15, 2011

Tolong la!!!! Aku Sayang Dia Sangat~~

Seolah-olah mereka dapat merasakan sesuatu. Sesuatu yang membuatkan mereka leka. Lupa diri. Mereka tidak menyedari apa yang akan terjadi kepada mereka jika mereka terus berkelakuan demikian...mereka ialah...mereka... ialah.... Kucing-kucing ku..hehe...suspen tak?? suspen takk??

Well, korang nak tau tak. Kucing kat rumah aku ni makin hari, makin bertambah. Mana taknyer. Yang datang kebanyakannya kucing betina. Bunting pulak tu.

Mula2 aku ada seekor jer kucing nama Lu'lu (jumpa kat surau masa 'dia' kecik lagi). Kucing jantan, tapi mula2 ingat betina. sebab tu nama Lu'lu, tapi lama-lama baru perasaan jantan pulak kucing aku nie. Malas nak tukar. Dia pun dah tau nama dia. Adik aku ada citer pasal dye jugak, si Comylso nie.
Lu'lu


Lepas tu datang la duaa ekor kucing betina. Tapi datang waktu yang lain2 la.. Sekor kitorang bagi nama 'Sarah'. Sekor lagi nama 'Clara' (ada line itam kat tepi2 mata dia, macam CLEOPATRA).
Clara


Si Clara ni datang mula-mula bunting. Pastu beranak dapat 3 ekor anak.

Lepas tu Si Sarah lak sekarang ni bunting. Yang ni sumer datang time before bulan puasa. And now, ada sekor lagi anak kucing datang. Yang nie jenis suka memekak. Asyik mengiau jer bila tak nampak orang. Dah tu, nak tido celah-celah badan orang lak tu...Yang ni nama "Comey' sebab memang comel pun.
Comey

Tapi dalam banyak2 kucing ni. Aku paling sayang si Lu'lu. Sebab dia kucing yang baik. Tak penah bising mintak makanan (melainkan kalau dia tau orang tgh wat makanan dia) Lagi satu, dia selalu tido dengan aku. Selagi aku tak bangun tido, selagi tu la dia tido jugak. hehe..Tapi dia nie pelik sikit, ada penyakit yang kitorang 1 family tak tau pe yang tak kena. Nak bawa g klinik haiwan mahal. Tak mampu. Tapi, alhamdulillah. Dia dah tak berapa nak sakit sangat dah. Dan bertambah-tambah sihat...  
Lu'lu, I Love You...Muahh...


Saturday, August 06, 2011

Bulan Puasa : Ape yang korang buat?


Assalamualaikum w.b.t..

Salam Ramadhan Al Mubarak..
Entri kali nie tentang puasa. Sepanjang minggu pertama posa niie apa yang korang buat? Ada wat aktiviti yang berfaedah or tido jer memanjang? Tido banyak pun boleh jadi makruh kan.. So, bagi aku. sepanjang minggu posa nie aku ade la wat aktiviti sikit kat luar. Aku dengan adik aku pergi kursus Biskut Raya yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Sungai Petani. Harga dye RM20/20 jam seorang. Aku banyak belajar cara nak buat biskut raya, pudding and cakes. Termasuk jugak cara2 nak masak masakan dengan menggunakan bahan2 yang betul.
Aku tunjuk kat korang ape hasil dari pegi kursus tu
Biskut Kelapa Oren

Sweet Cashew Nut

Biskut Nestum

 
Coklat
Puding Roti

Sago Gula Melaka
Biskut Rice Crisp (Tak letak coklat as topping)
Biskut Nestum
 Lepas ni xde dah kursus biskut raya. Nak kena aktif balik cari keje. Tak lama lagi nak konvo. Ramai kawan dah dapat keje. Aku jer yang tak keje2 lagi. Takda rezeki lagi kot. huhuhu..
Ok, that's all for today.
Posa jangan tak posa nohhh~~