Hari nie (27th July) banyak benda kena settle. Hal adik sebenarnyer pun...
Adik nak masuk UNIMAS bulan september nie.
Dok Sarawak nun jauh disana.
Mula2 tu dia macam taknak jer pegi,
tapi setelah bagi dia sedikit 'lecture' akhirnya dia nak pegi jugak.
Ok. Tu takpe la..
Dah dia nak pegi tu kena la buat ape yang patut kan..
Nak dijadikan cerita, arini dia nak buat akaun Bank Islam dan nak pegi Imigresen.
Pkul 10 pagi tadi kuar umah pegi Bank Islam dulu.
Then, pegi la kat kaunter cakap nak buat akaun.
Form dah amik masa ari Isnin sbb time tu pegi bayar yuran pendaftaran.
Just bagi dia terus jer time tu, tak kalut nak isi borang lama2.
Pastu kakak kat kaunter tu suruh la tunggu nanti diorang panggil.
Kitorang pun dok la kat kerusi paling depan skali.
Tengah dok tunggu tu, kami ni selalunya kalau kena tunggu memang
akan wat lawak yang kami jer yg faham dan
orang lain takkan faham nape kami gelak sampai berair mata.
Hampir satu jam kami tunggu sambil wat lawak lam bank tu (orang2 kat lam bank tu pun dok tgk telatah kami yang annoying kot bg diorang...LANTAK LA!)
Dah abis wat lawak tu baru la kakak yg lain panggil lak.
Adik pun pegi la kat situ.
Lepas tu, adik datang balik sambil wat muke 'Taik' dia. (Taik- muke tak puas hati)
Tanya la dye pasai pa. Adik kata nak bukak akaun ni bayaran dia MINIMUM RM130.
Farah pun terkejut la. Bukan ape, kami expect yang nak bukak akaun tu RM 50 jer. Sekali lebih. Yang masalahnyer, kami bawa duit ada lam tangan pun RM 90 jer. Mana nak cekau lagi RM40.
Call la parent. Abah cakap pegi Imigresen dulu, pastu pegi kat Mama amik duit baki.
Kami pun terus jer kuar dr Bank Islam tanpa cakap pape kat kaunter tu.
Kami drive la pulak pegi Imigresen (yang terletak di tengah2 bandar Sungai Petani) yang agak2 lebih kurang 5KM dari Bank Islam. Sampai sana pegi ke kaunter Imigresen tu wat proses xsmpai 15 minit dah abis, cuma kena tunggu lak sejam untuk siap. Kami pun tak tunggu kat situ, terus pegi sekolah Mama mengajar SMKKJ ( SMK Khir Johari) nak amik duit lebih untuk Bank Islam. Dah amik duit tu, patah balik pulak pegi Bank Islam lak.. Kali ni Farah tak keluar sebab malas nak gores kupon kereta. Tunggu dalam kereta jer sebab benda nak buat tu jap jer. Dah selesai Bank Islam, nak patah balik pegi Imigresen lak.
*dengan kereta ni la dok drive tadi*
Disebabkan awal lagi, pegi la Hospital Sungai Petani. nak tanya pasal Medical Check Up. Tanya2 boleh buat pagi jer, so kami pun naik kereta pegi Imigresen. Sampai Imigresen tu Farah tak kuar gak. Just tunggu kat lam kereta. Adik jer pegi. Smpai sana tu ada la lagi 5 minit before dokumen perjalan terhad Adik siap. Takpa la 5 minit jer lg. 10 minit kemudian, Adik mesej cakap orang Imigresen suruh tunggu, tapi orang yang handle tu boleh pulak kuar pegi makan. Adik buat lagi muka 'Taik' dia cakap. Geram Adik dengan orang2 kat situ. Dah la tak senyum lak tu. Adik kata mau ja dia amik papan tanda motto imigresen letak depan muka diorang.
Nak tau motto diorang ------> SENYUM, SAPA, SOPAN
Bukan banyak orang pun yang datang situ, layan la elok2. Kan2?? hm..
After another 10 minute, baru la Adik turun. Punya la lama... kata sejam jer, ni dah lebih. Itu pun Farah parking kereta nak naik tengok dia. Tengah dok gores kupon kereta dah sampai part haribulan, Adik lak call cakap takyah naik pulak. Lambat bagitau tol la.. TOO LATE!! Dah rugi satu kupon kereta...
Aduyai...penat tul la.
dah la drive kereta manual, penat main clutch dowhh.. Esok (28th July) nak kena pegi Hospital pulak dah. Nak kena settle before puasa. Mama kata nanti nak settle time puasa nanti tak larat pulak. Hm...betul tu. Lagipun bulan puasa la orang nak marah2 orang.. Sepatutnya bulan Puasa la kena banyak bersabar, baru dapat pahala berganda2. Betul tak???
Hihi...ok la. Banyak lak benda cerita post kali nie yer.
Ok See you next time then..
Bubye~